Salasilah Keturunan Megat

ulasan 1-

Siapakah “Megat Terawis”?

Megat Terawis adalah Bendahara pertama negeri Perak yang dikenali dengan gelaran Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. Beliau adalah anak kepada Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. Keturunannya mewarisi jawatan Bendahara negeri Perak. Salah seorang keturunan beliau ialah Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja) yang berkahwin dengan Raja Shah Alam Sayong iaitu anak Sultan Muzaffar Shah II negeri Perak.

Megat Terawis was the first Bendahara of Perak and was known by the title Orang Kaya Bendahara Paduka Raja. He was the son of the Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. He was the son of the Daulat Yang Dipertuan Pagar Ruyung. His descendants were holders of the Bendaharaship of Perak. One of his descendants, Megat Menjanas (Orang Kaya Bendahara Paduka Seri Maharaja), married Raja Shah Alam Sayong – a daughter of Sultan Muzaffar Shah II of Perak.


Gelaran yang diwarisi?

Megat adalah gelaran yang diwarisi oleh pewaris lelaki keturunan Megat. Megat berasal daripada perkataan Maha Gaek.
Puteri adalah gelaran yang diwarisi oleh pewaris perempuan keturunan Megat.
Tun adalah gelaran yang diwarisi oleh pewaris perempuan keturunan Megat yang berkahwin dengan rakyat biasa.

Megat is a title inherited by the male descendant of a Megat. Its derived from the words Maha Gaek which means“Great One”
Puteri is a title inherited by the female descendant of a Megat.
Tun is a title inherited by the issue of a Puteri, the female descendant of a Megat and a commoner father, in turn inheritable through the male line.


Inilah Salasilah Permegatan Yang Dari Orang Kaya Besar Lambat Makam Adanya.

Bermula inilah salsilah Orang Kaya Besar di Kuala Kenas yang Lambat Makan dahulunya sudah jadi kemudian berhenti maka jadi Orang Kaya Besar lalu mati di dalam gelaran itu dan namanya Megat Mentaha anak Tok Bendahara Muda dan bondanya Puteri Seni Binti Megat Shamsu yang ke Kedah.

Ada pun Tok Bendahara Muda itu shahid iaitu anak Tok Bendahara Hilang di Padang. Maka adalah Tok Hilang di Padang itu saudaranya Tok Bendahara Garang namanya Megat Abdullah dan keduanya saudaranya Tok Bendahara Hilang di Padang itu Megat Shamsu yang ke Kedah dan kepada suatu khabar adalah Puteri Seni dengan Bendahara Muda itu beranakkan Orang Kaya Besar Lambat Makan.

Sebermula adalah Tok Kaya Kuala Kenas beristeri ia akan Tok Puan Sayong dan beranak ia dengan isterinya beranak ia akan Puteri Jelusul dan Puteri Gunung Ledang dan Raja Indera Bongsu. Kemudian maka beristeri pula Orang Kaya Besar itu akan Toh Puan Long Luya Binti Seri Maharaja Lela Tok Usman Kota Lama. Adapun Toh Puan Luya itu sudah dahulu ia bersuamikan Tok Bendahara Hilang di Teluk dan namanya Bendahara Hilang di Teluk itu Megat Abu Kassim dan Toh Puan Luya itu beranak ia dengan Tok Bendahara Hilang di Teluk itu akan Toh Seri Maharaja Megat Mansur dan beranak pula Toh Puan Luya itu dengan Tok Kaya Lambat Makan itu tiga orang. Pertama Raja Amat Bongsu, dan keduanya Toh Muda Zainal dan ketiga Tun Busu Terai.

Shahdan adalah akan Toh Puan Sayong itu tiga beradik iaitu Toh Puannya, dan Toh Puan Bulan isteri Menteri Syed Shamsuddin dan Megat Gombak. Adapun kita yang punya cerita adalah Bendahara Hilang di Padang dan Tok Bendahara Garang dan Megat Shamsu dan Megat Mutabar dan Hilang di Teluk dan lainnya sekallian Megat-Megat yang dalam negeri Perak dan di dalam negeri Kedah iaitu semuanya daripada zuriat MegatTeraweh yang pertama Megat masuk di Perak ini masa Tun Saban Balik berperang dengan Sultan Mansur Marhum Kota Lama. Adapun Megat Teraweh itu, iaitu putera Daulat di Pagar Ruyong dan Raja Daultan Pagar Ruyong keturunan daripada Sang Sapurba Raja tiga beradik dari dalam yang tuanya ke Pagar Ruyong.

Sebermula adalah akan Toh Seri Maharaja anak Tok Bendahara Hilang Di Teluk dengan Toh Puan Luya itu beranak dua orang iaitu Megat Mustafa dan Megat Abdullah. Maka Megat Mustafa itu beranak empat orang iaitu Puteri Andak dan kedua Megat Hasan dan ketiga Megat Kassim dan Puteri Teh.

Adapun Megat Hasan itu beristeri akan Alang Lati beranak dia empat orang. Pertama Puteri Halimah dan kedua Puteri Noteh dan ketiga Megat Arif dan keempat Megat Amin.

Maka Megat Hasan juga beristeri akan Alang Hadiah beranak dia tiga orang iaitu Megat Shamsuddin Assistant Penghulu di Kota Lama dan kedua Megat Teraweh dan ketiga Puteri Jelika.

Adapun Puteri Teh saudara Megat Hasan itu bersuamikan Temenggong Panjang Muhammad Ariff beranak dia akan Ngah Abdul Wahab dan Alang Abdul Wahid Penghulu Kota Lama dan bersuami pula Puteri Teh itu akan Alang Rostam beranak akan Uda Muhammad Alias dan keduanya Othman dan ketiga Salamah.

Adapun Megat Kassim saudara Puteri Teh itu beranak dia akan Megat Abdullah dan Megat Ismail.

Shahdan lagi adalah Toh Puan Luya bersuami pula akan Orang Kaya Besar Lambat di Kuala Kenas beranak dia tiga orang Pertama Raja Amat Bongsu dan Kedua Toh Muda Zainal dan ketiga Tun Busu Terai. Maka Raja Amat Bongsu itu beranak akan Puteri Teh Santan di Bukit Gantang. Puteri Teh Santan itu bersuamikan Daeng Terang beranakkan Raja Musa. Maka Raja Musa banyak mengadakan anak.

Adapun Toh Muda Zainal beristerikan Chu Gandum beranakkan Megat Abbas. Maka Megat Abbas pula berperempuan akan Ngah Raisah anak Pak Usu Nanik Tepus beranak akan Puteri Long dan Puteri Ngah di Hulu Beruas. Maka Puteri Long bersuamikan Sultan Ali beranakkan Raja Noteh Zahrah. Maka Raja Noteh Zahrah bersuamikan Raja Abdul Jalil Putera Raja Muda Idris dengan Raja Noteh. Maka Raja Abdul Jalil dengan Raja Zahrah itu beranakkan Raja Khadijah. Dan Puteri Long juga berlakikan Ishak beranak dua seorang perempuan seorang laki-laki. Ada pun Puteri Ngah adik Puteri Long berlakikan Pandak Aris duduk di Hulu Beruas banyak beranak.

Adapun Tun Busu Terai berlakikan Megat Menjanas Toh Seri Nara Diraja beranakkan Puteri Mina. Maka Puteri Mina berlakikan Megat Johan beranakkan Megat Kadir dan Megat Taalok.

Maka Orang Kaya Besar Lambat Makan dengan Toh Puan Sayong Puteri Hitam itu beranakkan Raja Indera Bongsu dan Puteri Gunung Ledang dan Puteri Jelusul. Adapun Raja Indera Bongsu beristerikan Tok Alang Andak beranak empat orang iaitu Puteri Long Iskandariah dan Megat Ngah Mustafa dan Megat Uda Muhammad dan Puteri Teh Saayah bergelar Toh Kemala Sari zaman Sultan Ali. Maka Puteri Long Iskandariah berlakikan Uda Salleh beranakkan Long Abdul Karim dan Ngah Halimah dan Alang Tijah dan Uda Abdul Samad dan Pandak Muhammad Ariff.

Dan Megat Ngah Mustafa beranakkan Megat Abdul Kadir dan Alang Adam dan Megat Muran Muhammad Ali.

Maka Puteri Jelusul bersuamikan Sharif Hitam Besar beranakkan Syed Ahmad dan Syed Dahim.

Dan Pandak Muhammad Ariff saudara Abdul Karim berperempuankan Teh Mimun berankkan Maimunah dan Pandak Muhammad Ariff juga berpermpuankan Ngah Madiah beranakkan Muhammad Taib.

Ada pun Tuan Puteri Bulan anak Megat Mutabar bersuamikan Toh Menteri Syed Shamsuddin Chegar Galah bergelar Toh Puan beranakkan Sharif Pandak Ahmad dan Siti Sulung Chu dan Siti Alang Maimunah dan Sharif Hitam Kecil Bebal Akal Shahid.

Ada pun Siti Sulung Chu bersuamikan Sharif Aman beranakkan Syed Latih – beristerikan Siti Aminah beranakkan Syed Abdullah dan Sharifah Masih. Maka Syed Latih juga berbinikan Saadiah beranakkan Syed Akil dan Siti Jeliah dan Syed Salleh – berperempuankan Puteri Chu beranakkan Siti Ngah Rafeah dan Syed Jamaluddin dan Siti Andak.

Maka Syed Jamaluddin beranakkan Sharif Khalid – beristerikan Siti Ngah Tanjong berankkan Sharif Ali dan Siti Sharifah Sabun dan Siti ?

Maka Siti Sabun berlakikan Hitam Talib beranakkan Meor Alang Pelus. Shahdan adapun Siti Alang Maimunah berumah tangga akan Meor Hasan beranakkan Meor Hussin dan Ngah Mai Salamah dan Alang Mai Ensah dan Meor Idris dan Meor Yunus Habib Perak.

Ada pun Sharif Pandak Ahmad beristerikan Chik Teh Kiwi Binti Seri Adika Raja Toh Sendaralu beranakkan Syed Mahmud Orang Kaya Besar Sultan Ismail dan Siti Mariam dan Siti Fatimah dan Siti Hitam dan Syed Abdul Samad dan Syed Isa dan Syed Muhammad dan Siti Jamilah.

Maka Orang Kaya Besar Syed Mahmud beristerikan Che Puteh Fatimah Binti Che Ngah Lahmat Kaya beranakkan Tengku Syed Mansur dan Siti Sharifah. Kata khabar ada Syed Mahmud beristeri lain beranak juga. [Syed Jamaluddin beristerikan anak Imam Paduka Tuan Raja Haji Yahya]

Maka Siti Mariam bersuamikan Panglima Bukit Gantang Toh Muda Ngah Abdul Ghafar Bin Panglima Bukit Gantang Alang Iddin beranakkan Kulop Saiyid dan Mai Ngah dan Mai Alang dan Meor Pandak.

Ada pun Sharif Hitam Kecil Bebal Akal itu beranakkan Siti Ngah dan Siti Alang dan Siti Andak. Maka Siti Ngah beranakkan Meor Ali dan Siti Alang beranakkan Siti Long dan Siti Ngah. Adapun Syed Abdul Rahim dan Siti Ensah berumah tangga akan itam Kasima anak Tuan Haj Muda beranakkan Mai Halimah dan Mai Alang dan Meor Jaafar.

Maka Syed Dahim saudara Syed Ahmad itu beranakkan Syed Ali dan Syed Ibrahim.

Adapun Megat Merusin saudara Toh Puan Bulan itu beranakkan Puteri Long Sirat dan Megat Salleh. Puteri Long Sirat bersuamikan Megat Abdullah anak Toh Seri Maharaja Megat Mansur beranakkan Puteri Zainab dan Puteri Ngah Mina dan Megat Uda Mustafa Imam Sementa Kuala Kenas. Maka Puteri Ngah Mina bersuamikan Megat Inu anak Toh Nara Tior Megat Kassim berankkan Megat Uda Jaafar Assistant Penghulu di Kuala Kenas dan Megat Ismail dan Seri Nara Suri Puteri Uteh dan Megat Pandak.

Maka Megat Uda Jaafar beristerikan Long Fatimah dan beranakkan Puteri Ngah Aishah dan Puteri Puteh dan Megat Abdul Majid. Adapun Megat Salleh saudara Puteri Long Sirat itu beranakkan Megat Hassan dan Puteri Jelusul dan Puteri Ngah Tipah dan Puteri Mariam dan Puteri Santan Betapiah. Maka Megat Hassan itu berankkan Megat Muhammad dan Megat Ngah Mahmud.

Adapun Megat Abdullah anak Toh Seri Maharaja itu beristerikan Puteri Long Sirat anak Megat Merusin beranak tiga yang telah tersebut dulu itu dan lagi Megat Abdullah itu juga berperempuankan Che Teh beranakkan Puteri Tijah dan Puteri Andak Fatimah dan Megat Uda Pendia dan Puteri Hajjah Hawa.

Maka Andak Fatimah bersuamikan Hitam Ismail beranakkan Long Tipah dan Kulop Muhammad dan Chu. Maka Long Tipah bersuamikan Megat Uda Jaafar itulah tersebut dahulu itu. Maka Megat Uda Pendia saudara Puteri Andak Fatimah itu beristerikan Puteri Halimah anak Megat Hassan yang tersebut dulu itu beranakkan Puteri Zahra dan Megat Muhammad Ali dan Megat Ahmad kerani Raja Muda Idris dan Hajjah Hawa saudara Megat Pendia itu bersuamikan Toh Muda Alang Wan Abdul Wahid Penghulu Kota Lama sekarang.

Shahdan Megat Abdullah juga berbinikan Alang Lampi beranakkan Puteri Aminah.

Sebermula adalah Toh Meor Megat Muhammad beristerikan anak Tok Kaya Muda beranakkan Megat Kassim Toh Nara di Tior dan Orang Kaya Besar di Senin. Maka Megat Kassim Toh Nara Tior itu beristerikan anak Penghulu Masjid Toh Sabar berankkan Megat Inu yang telah tersebut dahulu itu dan Orang Kaya Besar di Senin itu beranakkan Megat Daha – beranakkan Megat Panjang Kundang Sultan Ismail masa Bendaharanya dan Megat Uda.

Maka Megat Uda itu berperempuankan Ngah Kuari itu anak Itam Lembik dengan Haji Abdullah Jawa. Maka Megat Uda dengan Ngah Kuari itu beranakkan Megat Saman.

Bermula adalah Orang Kaya Besar di Merua beranakkan Megat Bisnu – beranakkan Megat Idris.

Megat Buang Beranakkan Puteri Andak Pok dan Megat Pendia dan Megat Muhammad. Adapun Puteri Andak Pok bersuamikan Tok Kemala di Batu Gajah beranakkan Long Sara dan Ngah Hajar dan Muhammad. Maka Long Sara itu bersuamikan Haji Imam Abdul Kadir Anak Long Teh Kampung Gajah dengan Haji Muhammad Salleh Layang-Layang. Maka Long Sara dengan Imam Haji Abdul Kadir itu berankkan Ngah Zulaikha dan Andak Safiah dan Abdul Manaf dan Teh Salmiah Majnun dan Hitam Khatijah. Adapun Haji Abdul Manaf berperempuankan Chu Nurmiah beranakkan Long Khamsiah – Long Khamsiah bersuamikan Uda Muhammad Akil anak Long Osman dengan Long Saemah. Maka Long Khamsiah dengan Uda Muhammad Akil beranakkan Muhammad Ali Nyior dan ??

Maka Teh Salmiah Majnun bersuamikan Toh Muda Wan Alang Abdul Wahid Penghulu Kota Lama sekarang berankkan Long Seri Kemala dan Alang Kamariah. Maka Long Seri Kemala bersuami akan Megat Muhammad Ali anak Megat Uda Pendia yang tersebut dulu itu beranak dua orang perempuan.

Adapun Puteri Mariam saudara Puteri Andak Pok itu berankkan Noteh dan Churiah bersuami pula seorang iaitu Laksamana Toh Abdullah Tok Gemok beranakkan Che Uda Manum – berlakikan ?? beranakkan Long Hawa – berlakikan Uda Perlu anak Alang Kundang beranakkan Teh Aminah dan Puteri Yam juga berlaki lain beranakkan Long Madya dan Ngah Mada. Adapun Noteh anak Puteri Mariam berank seorang dan Chu Riah saudara Noteh itu beranakkan Long Tikah dan Ngah Rifah dan Alang Abdul Rahman dan…

Bermula adalah Megat Menjanas Toh Seri Nara Diraja beristerikan anak Seri Nara Diraja Pandak Geluk beranakkan Megat Dagang dan Puteri Andak Bulan. Maka Megat Dagang beranakkan Megat Putera dan Megat Ngah dan Megat Uda dan Megat Pandak dan Megat Panjang. Adapun Megat Putera beristerikan Teh Penuh anak Long Puasa anak Seri Paduka Busu Ayan dan Puteh Indam Maka Megat Putera dengan Teh Penuh itu beranakkan Puteri Alang Rias dan Megat Uda Omar dan Megat Tugok dan Megat Ngah saudara Megat Putera itu berperempuankan Long Mura Saudara Haji Uda Adam Penghulu Lambor masa orang Puteh beranakkan Ngah Mariam dan Teh Madiah dan Pandak Dusaman Maka Megat Uda Saudara Megat Putera Beranakkan Puteri Long dan Puteri Ngah Embun dan Megat Uda Lmbor dan Megat Pandak Saudara Megat Putera itu berperempuan Itam Seri anak Seri Dewa Maharaja Che Ahmad beranakkan Megat Alam dan Megat Panjang dan Megat Panjang saudara Megat Putera berperempuankan Anjang Gedung saudara Teh Penuh beranakkan Megat Ibrahim.

Maka Megat Ibrahim itu beristerikan Teh Karang binti Toh Timor dan yang seorang namanya Teh Tiwan binti Pnjang Ismail. Maka Megat Ibrahim dengan isterinya Teh Karang itu beranakkan Megat Abdul Jalil dan Puteri Tijah dan Puteri Alang Safiah dan Megat Uda Mamat dan Megat ?? dan Puteri The dan Puteri Chu dan Lagi Megat Ibrahim juga dengan isterinya Tiwan itu beranakkan Megat Ahmad.

ulasan 2-

Megat Terawis adalah seorang pejuang besar dari keturunan kerajaan dari Istana istana Pagar Ruyung, Minangkabau, Sumatera. Pengetahuan dan kebijaksanaan dari Penjurit Kepetangan bermula di Era Raja Adityarwarman pada abad ke 14, pemerintah Kerajaan Melayu Sriwijaya.kerajaan itu cukup besar untuk mencocokkan Empayar Majapahit dari Jawa.Semua keturunan nya telah dan akan diajar cara askar Penjurit Kepetangan, Raja duel Adityarwarman legenda adalah dengan Gerhana Matahari, seorang pejuang Majapahit terkenal.

Kedatangan Islam memiliki penunjuk perubahan lebih lanjut dalam penikmat seni bela diri di garis keturunan kerajaan. Para askar legenda dari dinasti besar adalah Megat Alang Dilaut, Megat Panji Alam, Megat Kembar Ali, Raden Mahmud, Megat Seri Rama, sementara pada garis Puteri ada Tun Hamzah, Tun Fatah dan lain-lain.

Dato ‘Paduka Megat Terawis Ibni Daulat Pagar Ruyung, yang’ Bendahara ‘Perdana Menteri dalam keadaan Istana Kesultanan Perak juga merupakan keturunan dari garis keturunan terkenal.

Megat Terawis adalah orang yang bertanggung jawab untuk menemani Sultan Muzaffar Shah akan menjadi Sultan Perak setelah jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511. Ia sendiri terlibat dengan duel terkenal dengan Tun Saban seorang askar cum Chieftain atas nama Sultan Muzaffar Shah. Setelah dikalahkan Tun Saban, Megat Terawis kemudian dihargai untuk menjadi Bendahara (Butiran duel harus diberitahu kemudian).

Sebagai Bendahara, Dato ‘Megat Terawis bertanggung jawab dengan fungsi upacara dan rasmi. Semua ini tahu bagaimana dan kemahiran diturunkan untuk anak-anak anak-anak sampai Megat Ainuddin Megat Mohd Nordin Bin. Para mempercayakan penjaga kepetangan-Ilmu Penjurit di Istiadat Pewaris Penjurit-Kepetangan Melayu-IPPM Persatuan dahulu dikenali sebagai Ilmu persilatan Penjurit-Kepetangan Melayu.

ulasan 3-
Salasilah dari Megat yang Terawis Marga Perak
Dikirim pada tarikh 12 Mei 2010 oleh Iskandar Megat At-Terawis
Seperti disebutkan dalam posting saya sebelumnya, orang yang bermaksud untuk mempelajari silsilah Megat Terawis Marga Perak harus berunding dengan MS40333 (2) dari SOAS, London bersama-sama dengan karya-karya silsilah dari 4 orang:Wan Wan Ismail Bin Muhammad AqibMegat Megat Ismail Bin Ahmad
Megat Megat Ramli Bin Jaafar

Megat Megat Osman Bin Abu Bakar

Salasilah dari Megat Terawis Clan adalah sebagai berikut:

Megat Terawis berkahwin dengan Tun Bongsu Bangsawan (seorang puteri Tun Saban – penguasa Upper Perak). Dari persatuan ini, Megat Biajad Mustafa lahir. Dia kemudian menjadi Bendahara Muda dari Perak dan juga dikenali dengan nama Bendahara Megat Muda Sulung. Bendahara Muda ini mempunyai dua putra – Megat Megat Shuib dan Abdullah. Keduanya kemudian dilantik sebagai Bendaharas dari Perak.

Setelah pencerobohan Aceh dari Perak tahun 1619, Puteri Limau Purut ditangkap bersama-sama dengan ayahnya dan ahli lain dari keluarga kerajaan dan ada dibawa ke Aceh. Megat Abdullah adalah orang yang bertanggung jawab untuk menyelamatkan Puteri Limau Purut – putri Sultan Mukaddam Shah dari Perak dan tunangan Sultan Mansur Shah dari Perak. Itu adalah masa pemerintahan Sultan Mansur Shah yang Megat Abdullah dilantik sebagai Bendahara dari Perak dengan judul Bendahara Paduka Raja. Namun, ia dikenal luas sebagai Bendahara Garang.

Pada bahagian akhir hidupnya, ia kembali dikenang dalam sejarah sebagai orang yang memimpin rombongan Perak menyertai putri kerajaan Perak untuk menikahi Raja Muda Pahang – Raja Abdullah (anak Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin). Menurut Maxwell, Megat selama kunjungan Abdullah ke Pahang, beliau berkahwin dengan seorang gadis Pahang. Dari persatuan ini, satu Baginda Danum lahir. Menurut silsilah Orang Kaya Indera Maharaja Perba dari Jelai, Pahang, salah satu leluhur Maharaja Perba adalah salah satu ‘Bendahara Garang’ mereka adalah keturunan dari keluarga kerajaan Pagar Ruyung. Hal ini sangat mungkin bahawa Garang Bendahara sini adalah Bendahara sama Garang dari Perak sebagai Megat Terawis (datuk untuk Megat Abdullah) adalah seorang putera Pagar Ruyung.Jika ini benar, maka kita mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Pahang’s Maharaja Perba Clan.

Kembali di Perak, Megat Abdullah Bendahara Garang mempunyai anak bernama Megat Menjanas. Megat Menjanas ini kemudian dibuat Bendahara dari Perak dan digelar Bendahara Kukut. Ia menikah dengan Raja Kenayan Shah Alam Sayong – putri Sultan

sumber-
megat Iskandar At-Terawis…
ulasan 4

Kelima keluarga Perak

Sepanjang sejarah Perak, kita akan mendengar nama-nama dari:

1. Sultan Muzaffar Shah – Sultan Perak pertama turun dari Royal House Melaka

2. Tun Saban – Pemimpin Melayu Hulu Perak yang dikatakan mempunyai penonton dengan Sultan Mahmud Shah di Kampar meminta seorang putera dibawa ke Perak dan membuat Sultan

3. Megat Terawis – yang Bendahara pertama Perak, turun dari rumah empayar besar Pagar Ruyung

4. Syed Hussain Al-Faradz Jamalullail – yang Orang Kaya Menteri pertama dari Perak yang datang ke Perak pada tahun 1528, dari House Perak dari Jamulallail dikatakan keturunan Fatimah az-Zahra, putri Nabi Muhammad SAW

5. Daeng Salili (Haji Besar) – yang Bertanya pertama Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta ‘, diberikan oleh Sultan Muzaffar Shah III, dan Raja Bugis dari Sulawesi

Anda mungkin telah membaca entri SembangKuala diposting pada bulan Ogos di Megat Terawis, dan sejak itu kami menerima grafik silsilah dari Saudara Megat Iskandar Megat Zaharuddin, yang menunjukkan hubungan antara keluarga dari lima orang tersebut.

1. Para leluhur awal Megat Terawis terlihat di sini adalah seorang putera, setengah-setengah-Jawa Sumatera bernama Adityavarman yang tinggal di Tanah Datar, Sumatera Barat pada abad ke 14.Adityavarman banyak meninggalkan prasasti batu, yang merupakan catatan sejarah pertama dari Sumatera Barat.

2. Yamtuan Raja Hitam, seorang nenek moyang rumah yang berkuasa saat ini Negeri Sembilan (untuk tepatnya, datuk besar-besar-besar-besar-besar DYMM Tuanku Muhriz) adalah keturunan dari putri Megat Terawis.

3. Megats Unggulan seperti Dato Seri Dr Megat Khas dan Tan Sri Dato Seri Megat Najmuddin (presiden saat MCOBA) adalah keturunan dari Megat Menjanas dan Raja Kenayan Shah Alam, seorang puteri Sultan Muzaffar Shah II dari Perak.Megat Menjanas pada gilirannya adalah keturunan dari kedua-dua Megat Terawis dan Tun Bongsu Bangsawan, putri Tun Saban.

4. Raja Chulan Raja Abdul Hamid (penulis Hikayat Misa Melayu) berkahwin dengan seorang puteri-grand Daeng Salili dan Raja Su, saudara Sultan Muzaffar Shah III.

5. Syed Syamsuddin bin Bendahara Menteri Syed Abu Bakar berkahwin dengan Puteri Bulan binti Megat Mutabar, putri-grand Bendahara Megat Pendia, salah satu jeneral Perak yang memimpin pasukan dalam perang melawan Bugis di Bukit Gantang di 1740’s. Dua yang lain Perak jeneral dalam perang ini adalah Raja Iskandar Muda (kemudian Sultan Iskandar Dzulkarnain) dan Raja Kimas (kemudian Sultan Mahmud Shah).

Kelima keluarga Perak

Sepanjang sejarah Perak, kita akan mendengar nama-nama dari:

1. Sultan Muzaffar Shah – Sultan Perak pertama turun dari Royal House Melaka

2. Tun Saban – Pemimpin Melayu Hulu Perak yang dikatakan mempunyai penonton dengan Sultan Mahmud Shah di Kampar meminta seorang putera dibawa ke Perak dan membuat Sultan

3. Megat Terawis – yang Bendahara pertama Perak, turun dari rumah empayar besar Pagar Ruyung

4. Syed Hussain Al-Faradz Jamalullail – yang Orang Kaya Menteri pertama dari Perak yang datang ke Perak pada tahun 1528, dari House Perak dari Jamulallail dikatakan keturunan Fatimah az-Zahra, putri Nabi Muhammad SAW

5. Daeng Salili (Haji Besar) – yang Bertanya pertama Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Ta ‘, diberikan oleh Sultan Muzaffar Shah III, dan Raja Bugis dari Sulawesi

Anda mungkin telah membaca entri SembangKuala diposting pada bulan Ogos di Megat Terawis, dan sejak itu kami menerima grafik silsilah dari Saudara Megat Iskandar Megat Zaharuddin, yang menunjukkan hubungan antara keluarga dari lima orang tersebut.

sumber-sumber di atas dan yang berkaitan keturunan Megat adalah berikut:

RUJUKAN

sumber 1 ;

http://www.megatterawis.net/mblog/index.php/category/mediamassa/

sumber 2 ;

http://sembangkuala.wordpress.com/2009/12/15/the-five-families-of-perak/

sumber 3 ;

http://orangduabelas.wordpress.com/author/orangduabelas/

salasilah susur galur megat;

megatiskandar

Kenyataan untuk Media ;

Megat_KenyataanMedia_03Sept2009

39 thoughts on “Salasilah Keturunan Megat

  1. difahamkan saya juga berasal dari keturunan megat tetapi maklumat yang diperolehi amatlah daif dan sedikit ibu saya adalah seorang penduduk sungai dendang selama perak berdekatan dengan kubu gajah. datuk saya seorang yang berketuruan megat bernama Salim bin megat saad(dikatakan semasa membuat ic baru datuk saya membuang nama megat didepan kerana tidak mahu lagi mengunakannya). dan nenek saya berketurunan rawa dan ibu saya selalu menceritakan tentang salasilah datuk saya tetapi sukar untuk saya mendapatkan maklumat terperinci mohon bantuan mencari salasilah moyang saya iaitu penghulu ahmad dari bagan samak itu sahaja yang saya tahu

    • kalau lebih mudah boleh dapatkan nama datuknya kerana dengan itu boleh kita kesan dan merujuk balik ke belakang susur galur keluarga agar lebih mudah kita nak hubungkan dengan keluarga megat

    • adakah penghulu ahmad bin awang man yang di maksudkan..kerana menurut cerita dari makcik saya di bandar baharu kedah datuk saya juga seorang penghulu yang bernama ahmad bin awang man.menurut ceritanya beliau mati dibunuh di salah sebuah bukit yang saya tak pasti nama bukit itu.

      • Wallahualam cik Sahidi Bin Omar.Tapi kalau peristiwa dan kejadian yang dapat dikaitkan bersama dengan waktu berlaku,mungkin itulah jawapannya.Boleh diselidiki lagi untuk mencari ketepatan cik Sahidi.

  2. Asskm, saya ingin tahu serba sedikit salasilah keturunan saya, memang saya keturunan megat dan keturunan bapa saya Tun Yahaya bin Itam Abas dari Kampung Sementa kuala kenas, dan ibunya bernama Puteri Rafeah. kalau saya lihat di gambarajah salasilah keturunan Megar Terawis, saya tidak nampak pun nama puetri Rafeah, sedangkan mengikut sumber dari yang saya peroleh bahawa hubungi nenek saya dengan Megat Khas dan Megat Omar adalah sepupunya, jadi penjelasan dari pihak saudara amatlah saya haraapkan

  3. assalamualaikum
    saya adalah menantu kepada allahyarham megat abdul rahim bin megat pandak. isteri saya puteri noor aliza bt megat abdul rahim akan tetapi puterinya tiada tercatat dalam kad pengenalan.
    ini hanya satu amanah dari aruwah bapa mentua saya supaya mencari salasilah keluarganya.
    menurut arwah megat junit bin megat ayop adalah anak saudara beliau( saya kurang pasti ejaan itu betul atau silap maaf jika ada kesilapan).
    pada mana2 yang mengetahui salasilah ini sila hubungi saya.

  4. nama saya ada megat…..tapi ayah…atok…moyang sorg pon xde nama megat..haha…mcm mane tue…tapi mereka keturunan SYED..dan..AL-…….so….ade kene mngene ke xde?dan mereka tinggal di kedah….di perak sorg pon xde….mcm mane???

  5. Assalamualaikum….

    Saya Anuar Helmee…saya terbaca tulisan en Mukhlid dan juga en Sahidi Johar…
    Saya berketurunan Alang Ahmad dari Bagan Samak …hingga sekarang masih ada nama Alang Ahmad digunakan…akan tepati pada nama tambahan seperti Abu Bakar @Alang Ahmad (pakcik)…..
    Keluarga Alang Ahmad masih ramai ..penghulu akhir keluarga ini adalah Abdul Hamid bin Alang Ahmad bin Mat Saman (awang man mungkin) bin Alang Ahmad….Keluarga ini berpindah dari Selinsing, Bagan Samak, Sg Kechil Hilir (300kaki)…

    memamg sudah tidak menggunakan nama keluarga lagi kerana isu musuh bisik…british dan sukuthai mahu membunuh semua keluarga sama seperti kejadian @balai polis gurun….Cop mohor kerajaan harimau berkepala naga kiri dan kanan, baju sepersalinan kerajaan,keris2 kerajaan, keris pendek besi tahi bintang, baju besi dan topi besi, tombak tombak dan payung sudah dicuri pada zaman 60an…

    Keluarga kesayangan Sultan dimana British memanggil lanun…setiap tahun waktu hari raya ramai sahabat lama dari kota sarang semut, langkawi, pendang, yan, gurun akan datang berjumpa arwah atuk…kebanyakan dari keluarga Nai Koya…

    • salam buat en helmee..untuk pengetahuan en helmee saya akan menbuat satu majlis jamuan hari raya pada bulan 8 nanti.(10/8/2013) di serdang kedah(berhampiran kg setul) bertujuan mencari kaum keluarga yang masih belum saya kenali..sekiranya en berada di sana di jemput hadir.

    • Salam. Boleh tuan kembangkan sedikit sejarah keturunan tuan. Kerananya, keturunan Nai juga adalah sebenarnya Syed. Teman berminat untuk melihat percantuman keluarga2 besar Raja, Megat, Tun Saban, Syed. Cuma nya ada sedikit terputus dengan keturunan Siam Islam Kedah yang terakhirnya lenyap dengan syahidnya Panglima Bukit Gantang.
      Negeri Perak sebenarnya membukukan sejarah asal Tanah Melayu pasca kejatuhan kerajaan Perlak, Samudera, Pasai, Melaka dan Empayar Benua Siam Islam Kedah. Kebanyakan keturunan keluarga2 besar dari kesultanan2 terdahulu telah ramainya mendapatkan perlindungan di perak daripada musuh2…Portugis, Belanda, SukhoThai Buddha, British.
      Jesteru, minta jasa baik tuan kira dapat kongsikan lagi salasilah dan cetera2 orang2 tua untuk mendapatkan titik2 koordinasi sejarah yang boleh kita cantumkan.
      Terima kasih

  6. assalamualaikum…semua nama tempat yang saudara anuar helmee cakap semuanya saya pernah dengar,arwah ibu dan ayah saya pernah bercerita..untuk pengetahuan saudara satu satunya saudara ayah saya tinggal di maran pahang.(abang ayah saya) bernama johari bin ahmad,dia berpesan pada saya supaya jangan sesekali menyebut tentang keturunan saya..atas sbb apa tak pula dia beritahu..

  7. Arwah ayah saya bernama Wan Noor b Megat Ismail…..nama asal sejak kelahiran arwah ayah ialah MegatHarun. Arwah datuk pula bernama Negat Saad dan isterinya bernama Raja Saemah. Arwah ayah dilahirkan di Butterworth dan setakat itu sahaja maklumat yang saya tahu. Arwah ayah saya juga pernah menjadi anak angkat kepada Tok Ayah (Sedim, Kulim) dan menurut arwah ayah dahulunya arwah datuk Megat Saad pernah berkhidmat dengan sultan Kedah dan menjaga hal-hal peribadi sultan sepanjang berada di Kampung Lindungan Raja.

  8. Pada 18/5 yang lalu saya ke Padang…holiday dan singgah sebentar di Istana Baso Pagaruyung. Ha ha ha rasanya macam tempat sendiri la pula…Memang tak boleh naik pun tangga depan istana, ada sekatan kayu tetapi entahlah hati melonjak-lonjak maka saya pun panjat hadangan kayu itu dan duduklah akan saya di anjung istana untuk bergambar…..he he he!!!!Banyak jugalah posing di situ…..sempat berurut lagi dan tukang urut pun bertanya adakah saya berketurunan dari Pagaruyung…..saya pun secara spontan berkata….”Ya lah rasa-rasa serupo den balik kampong…..jumpo asal tempat jejak langkah….” ha ha ha….Then terkojut den leh pula den kato-kato bagitu bukannya den tahu sangat loghat minang nih…..he he he but relax jer lah…..

  9. Salam.
    Nama teman Syed Ahmad Iqbal, jurai keturunan Syed Shamsuddin (Chegar Galah) bertemu daripada moyang Syarifah Zabiah bt Syed Abdul Rahman bin Syed Shamsuddin bin Syed Abu Bakar.

    Teman tertarik dengan riwayat berikut “Syed Syamsuddin bin Bendahara Menteri Syed Abu Bakar berkahwin dengan Puteri Bulan binti Megat Mutabar, putri-grand Bendahara Megat Pendia,..”. dan “Ada pun Tuan Puteri Bulan anak Megat Mutabar bersuamikan Toh Menteri Syed Shamsuddin Chegar Galah bergelar Toh Puan beranakkan Sharif Pandak Ahmad dan Siti Sulung Chu dan Siti Alang Maimunah dan Sharif Hitam Kecil Bebal Akal Shahid.”

    Kira boleh Tuan kongsikan dengan teman perincian (kira ada) berkenaan di atas untuk teman kembangkan data salasilah yang ada di tangan teman.

  10. Elok kita turut sunnah Nabi Muhammad SAW yang tidak menitikbertkan salasilah keeluarganya walaupum Baginda dari keturunan elit Quraish. Jika dirujuk pada sumber AlQuran & Hadfis, tidak ada naz yang kaitkan baginda dengan salasilah Quraish. Yang pentingkan darjat & kleturunan ialah mereka mereka dari kaum Quraish. Oleh yang demikian elok lah kita jauhkan diri kita dari amalan Quraish. Allahu alam!

  11. slm,sy sekadar ingin tahu,salasilah keluarga saya,ibu saya noriah binti megat hamzah.megat hamzah bin megat kassim.adakag ini menunjukkan sya dari keturunan megat terawis.

  12. mngikut cerita keturunan megat terawis ni Megat Iskandar bertuah kerana berjumpa kakak saya (study) dr UK blik ke M’sia berjumpa dgn bapa sya Megat Wahab bin megat ahmad mngmbil selasilah yg pling atas iaitu Pagar Ruyung dan xsalah saya penyambungan kiri dan kanan iaitu dari arwah megat Junit b megat ayob (semasa itu arwah masih ada lagi) dan disebelah pula dr Keluarga megat khas (tidak pasti)

    sekiranya cerita selanjutnya pihak encik berjumpa dengan bapa saya dan beliau bole menceritakan nyer kidah sejarah keturunan megat.

  13. Slm…blh sya tau lebih detail tentang megat alang…….sya cuma sekadar ingin mengetahui susur galur keturunan sya…..keturunan sya juga bketurunan megat…cerita dri keluarga kami berketurunan megat alang pahlawan dri sumatera….adakah megat alang yg dimaksudkan adalah megat alang yg admin tulis…cuma sekadar ingin tahu…datuk saya bernama said bin saad bin daud bin yahaya bin megat alang…

  14. Salam,

    sahidi bin johar…

    memang benar orang tua saya x mahu cerita tentang keluarga atas dasar keselamatan satu masa dulu…Penjajah British buru keluarga ni…di kota sarang semut , yan ……dulu dipanggil British Lanun melayu most wanted sebab kesayangan sultan kedah…

    email saya : anuar.helmee@gmail.com

  15. Salam perjuangan dari keturunan “Megat Terawis yang paling tepat dari darah keturunan bendahara garang Perak”….Kalau dibicarakan tentang keturunan yang paling tepat dari keturunan Megat Terawis “si Bendahara Garang” pertama keturunan itu harus tahu salasilah asal apa yang dibawa oleh Bendahara Garang untuk megukuh kan kerajaan dan pentadbiran kerajaan negeri perak ketika itu…contoh sebutkan nama kedua-dua penjaga istana diraja K.Kangsar yang ada sehingga sekarang (JIN ISLAM ITU) yang ada dua lagi satu diulu perak dan hilir perak betin beras basah sewaktu bakal sultan perak merendam kaki…kedua kalau betul keturunan Bendahara Garang yang tepat keturunan itu harus diuji contoh boleh mencabut keris diraja N.Perak termasuk keris taminsari yang asli dari sarong nya dan peralatan diraja yang ada didalam istana K.Kangsar yang asli…ketiga apakah warna pakaian rasmi bendahara Megat Terawis…..keempat di daerah mana dan tempat nya Megat Terawis bertempur dengan Tun Saban…kelima apa kah warna buaya jadian yang ada di bilik khas didalam istana diraja K.Kangsar itu…dan yang penting sekali apa bahasa yang digunakan Tok Nara diraja sewaktu membisit bakal sultan pada pertabalan menjadi sultan N.Perak….kalau perkara ini pun tak lepas bermaksud mereka-mereka ini bukan waris Bendahara Garang Megat Terawis yang asli tetapi cuma keturunan nya sahaja…sebab salah silah ini merupakan waris dan bakal untuk menuntut semula waris Bendahara N.Perak…dari keturunan bendahara garang yang tepat….aamiin.

  16. SALAM…PERSAUDARAAN KEPADA WARIS KETURUNAN BENDAHARA PADUKA SERI MAHARAJA MEGAT TERAWIS…SAYA KURANG JELAS SEDIKIT TENTANG KEDUDUKAN…MEGAT ABDULLAH (BENDAHARA GARANG) SETAHU SAYA MEGAT ABDULLAH BENDAHARA GARANG INI TIDAK MEMPUNYAI WARIS ANAK LELAKI CUMA ADA WARIS ANAK PEREMPUAN TUNGGAL IAITU PUTERI TEH SALAMIAH BT MEGAT ABDULLAH GELARAN BENDAHARA GARANG (MEGAT TERAWIS ll ) SAYA BERANI BERBICARA KERANA PUTERI TEH SALAMIAH INI MERUPAKAN IBU KEPADA OPAH (TATAH) SAYA…SEBAB PERKARA TUNTUTAN WARIS KETURUNAN MEGAT TERAWIS INI PERNAH DI USUL KAN KEPADA SULTAN PERAK DI ISTANA KUALA KANGSAR SEWAKTU PEMERINTAHAN DYMM SULTAN YUSOFF DAN SULTAN IDRIS ll…OLEH KELUARGA DAN DATUK SAUDARA SAYA UNTUK DIKEMBALIKAN SEMULA JAWATAN BENDAHARA KETURUNAN MEGAT TERAWIS ITU…SALASILAH YANG DIBAWA OLEH KELUARGA DAN DATUK SAUDARA SAYA ITU MEMANG TEPAT DAN SALASILAH NYA DISAH KAN OLEH PIHAK ISTANA DAN DYMM SULTAN PERAK KETIKA ITU…DAN DYMM SULTAN PERAK ADA BERKATA DAN BERJANJI AKAN MENYERAH KAN SEMULA JAWATAN BENDAHARA ITU KEPADA WARIS DAN BENIH KETURUNAN MEGAT TERAWIS ITU….

    • Salam, maaf akan kesibukan beberapa hari ini. InsyaAllah kalau tuan berkelapangan sila layari laman web megat terawis untuk mendapatkan dan insyaAllah ada email disitu untuk tuan berhubung berkenaan masalah ini kepada yang lebih arif hendaknya. Harap membantu dalam soal ini.

  17. assalammualaikum.maaf saya mahu bertanya ada sesiapam tahu tentang megat panji arash putera raja dewa saakti

  18. Pingback: Ku
  19. ,السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
    بسم الله الرحمن الرحيم
    Scra rgkasnya kluarga kami y smpi kini mnetap dan bermukim di Hulu Kenas,sgalur dgn Mgt Khas..Utk mngeratkan Silaturrahim kluarga,hubungilah kami yg beralamat dibdepan Masjid Ulu Kenas..keluarga dr moyang2 kami MgtbQulub Ahmad,Mgt Tasir..dan kini datuk2 kami yg berada di sini,Alias Tasir,Teh Tasir,Itam Ahmad(arwah) pd syawal 2014 masihi..Semua dtuk dan moyang2 yg sudah keRahmatullah dikebumikan di sini…والسلام

    • Waalaikumusalam WBT, al fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini, moga mereka memperoleh nikmat syurga insyaAllah. Salam perkenalan juga buat keluarga Megat Hassan Mubarak dan kaum kerabat disana. Moga sihat-sihat selalu hendaknya. Harapnya kita selalu berhubung. InsyaAllah.

  20. Bagaimana dengan Penghulu Hassan di Kuala Kangsar? Beliau pengasas Silat Seni ilham.. bapa saudara saya. Megat Ainuddin bin Megat Nordin itu saudara saya juga.

    • Adalah lebih baik dapatkan susur galur keluarga itu sampaikan ke moyang atau lainnya, sebabnya pecahan susur galur dari asal dan makin ke bawah saja makin membesar. Jadi amat rumit kalau hanya bersandarkan maklumat sedikit begitu sahaja, melainkan nama yang dipetik itu memangla sudah benar-benar dari generasi lama lagi. Harap membantu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s