TAkwa di hatimu.pada hidupmu

Kalimat takwa/takut di dalam al-Qur’an



Daripada akar Wau Qaf Ya terbit lima perkataan. Empat daripadanya diterjemah kepada takwa atau takut seperti disenaraikan di bawah (Concordance):


taqiy
– godfearing, devout

taqwa – godfearing, godliness, fear; warding off evil, pious duty, right conduct, righteousness, piety

tuqat – fear, security, precaution - (hanya 2 kali disebut)

ittaqa – to fear (God), to be godfearing; to ward off evil, to guard oneself against evil; to act piously; alladhina ittaqui the godfearing; those who act piously; those who act piously, godfearing. one who wards of evil, who guards himself against evil, who act piously

Saya ingin menarik perhatian tuan mengenai perkataan Taqwa di bawah kata akar W-Q-Y mengikut (dict of the holy quran page 618) dan Lanes Lexicon

WAQAYA = Waqaa =he protected Taqii = she protects

Yuqa = is preserved

Waqun = protector

Itaqa = Who guards against evil; who keeps his duty

Ittaquu = Guarded against evil

Ittaqaitunna = guard against evil

Tattaquuna – You are secure against evil and calamaties

Tattaquu = You are secured against evil and calamaties

Yattaqi = he should guard against evil and calamaties

Yattaquu = the guard against evil and calamaties

Yattaqii = Shield!; Protect!

Ittaqi = take as a shield

Ittaquu = Ye take as a shield

Ittaqaina = (f) take as shield

Muttaaaquun/muttaqiin = most dutiful and guarding against evils

Taqiyanun = One who carefully guarded against evil

Taqaatun = observing duty

Taqwaa = Protection; Warding off evil; Observing duty; abstainment; Observing the divine ordinance in every walk of life

 

Lanes Lexicon

Waw-Qaf-Ya = to protect, save, preserve, ward off, guard against evil and calamity, be secure, take as a shield, regard the duty. muttaqii – one who guard against evil and against that which harms and injures and is regardful of his duty towards human beings and God.

Waqaa (prf. 3rd. p. m. sing.): He protected etc.
Taqii (imp. 3rd. p. f. sing.): She protects.
Taqi (imp. 2nd. p. m. sing. f d.): Thou protect.
Qi (prt. m. sing.): Protect.
Quu (prt. m. plu.): Protect.
Yuuqa (pip. 3rd. p. m. sing. f. d.) : Is preserved.
Waaqun (for Waaqii): (act. pic. m. sing.): Protector.
Ittaqaa (prf. 3rd. p. f. sing. IV.) Who guards against evil; Who keeps his duty.
Ittaquu (prf. 3rd. p. m. plu. VIII.): Guarded against evils.
Ittaqaitunna (prf. 2nd. p. f. plu. VIII.): Ye (f) guard against evil.
Tattaquna (imp. 2nd. p. m. plu. VIII.): You are secure against evils and calamities.
Tattaquu (imp. 2nd. p. m. plu. VIII. n. d.): You are secure against evils and calamities.
Yattaqi (imp. 3rd. p.m. sing. VIII.): He-should guard against evils and calamities.
Yattaquu (imp. 3rd. p. m. plu. VIII. ): They guard against evils and calamites.
Yattaqii (imp. 2nd. m. sing. VIII.): Shield, Protect.
Ittaqi (prt. m. sing. VIII. ) : Take as a shield.
Ittaquu (prt. m. plu. VIII.): Ye take as a shield.
Ittaquuni (comb. Ittaquu+nii).
Ittaqaina (prt. f. plu. vb. VIII): Take as shield.
Muttaquun/Muttaqiin (acc./ plu. of Muttaqii): Atqaa (elative): Most dutiful and guarding against evils.
Taqiyyann (act. plc. m. sing. acc.): One who carefully guarded against evils.
Taqaatun (v. n.): Observing duty.
Taqwaa (n.): Protection; Warding off evil; Observing duty; Abstinent; Observing the Divine ordinances in every walk of life.

waqa vb. (1) perf. act. 40:45, 44:56, 52:18, 52:27, 76:11
impf. act. 16:81, 16:81, 40:9
impv. 2:201, 3:16, 3:191, 40:7, 40:9, 66:6
impf. pass. 59:9, 64:16
pcple. act. 13:34, 13:37, 40:21

taqiy n.m. (adj. comp. atqa) 19:13, 19:18, 19:63, 49:13, 92:17

taqwa n.f. 2:197, 2:237, 5:2, 5:8, 7:26, 9:108, 9:109, 20:132, 22:32, 22:37, 47:17, 48:26, 49:3, 58:9, 74:56, 91:8, 96:12

tuqat n.f. 3:28, 3:102

ittaqa vb. (8)
perf. act. 2:103, 2:189, 2:203, 2:212, 3:15, 3:76, 3:172, 3:198, 4:77, 5:65, 5:93, 5:93, 5:93, 7:35, 7:96, 7:201, 12:109, 13:35, 16:30, 16:128, 19:72, 33:32, 39:20, 39:61, 39:73, 53:32, 92:5
impf. act. 2:21, 2:63, 2:179, 2:183, 2:187, 2:224, 2:282, 2:283, 3:28, 3:120, 3:125, 3:179, 3:186, 4:9, 4:128, 4:129, 6:32, 6:51, 6:69, 6:69, 6:153, 7:63, 7:65, 7:156, 7:164, 7:169, 7:171, 8:29, 8:56, 9:115, 10:6, 10:31, 10:63, 12:57, 12:90, 16:52, 20:113, 23:23, 23:32, 23:87, 24:52, 26:11, 26:106, 26:124, 26:142, 26:161, 26:177, 27:53, 37:124, 39:24, 39:28, 41:18, 47:36, 65:2, 65:4, 65:5, 73:17
impv. 2:24, 2:41, 2:48, 2:123, 2:189, 2:194, 2:196, 2:197, 2:203, 2:206, 2:223, 2:231, 2:233, 2:278, 2:281, 2:282, 3:50, 3:102, 3:123, 3:130, 3:131, 3:200, 4:1, 4:1, 4:131, 5:2, 5:4, 5:7, 5:8, 5:11, 5:35, 5:57, 5:88, 5:96, 5:100, 5:108, 5:112, 6:72, 6:155, 8:1, 8:25, 8:69, 9:119, 11:78, 15:69, 16:2, 22:1, 23:52, 26:108, 26:110, 26:126, 26:131, 26:132, 26:144, 26:150, 26:163, 26:179, 26:184, 29:16, 30:31, 31:33, 33:1, 33:37, 33:55, 33:70, 36:45, 39:10, 39:16, 43:63, 49:1, 49:10, 49:12, 57:28, 58:9, 59:7, 59:18, 59:18, 60:11, 64:16, 65:1, 65:10, 71:3
pcple. act. 2:2, 2:66, 2:177, 2:180, 2:194, 2:241, 3:76, 3:115, 3:133, 3:138, 5:27, 5:46, 7:128, 8:34, 9:4, 9:7, 9:36, 9:44, 9:123, 11:49, 13:35, 15:45, 16:30, 16:31, 19:85, 19:97, 21:48, 24:34, 25:15, 25:74, 26:90, 28:83, 38:28, 38:49, 39:33, 39:57, 43:35, 43:67, 44:51, 45:19, 47:15, 50:13, 51:15, 52:17, 54:54, 68:34, 69:48, 77:41, 78:31

Lane’s Lexicon, Volume 8, pages: 313

 

Ayat-ayat yang mengandungi terjemahan kepada kalimat-kalimat di atas, menurut warna, adalah:


2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan),

2:21. Wahai manusia, sembahlah Pemelihara kamu yang mencipta kamu, dan orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa,

2:24. Dan jika kamu tidak buat, dan kamu tidak akan buat, maka takutilah Api, yang bahan bakarnya manusia-manusia dan batu-batu, disediakan bagi orang-orang yang tidak percaya.

2:41. Dan percayalah kepada apa yang Aku menurunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu, dan janganlah menjadi yang pertama tidak percaya kepadanya, dan janganlah menjual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit; dan kamu takutilah Aku.

2:48. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain sedikit pun, dan syafaat (pengantaraan) tidak diterima daripadanya, dan tidak juga sebarang keimbangan diambil daripadanya, dan tidak juga mereka ditolong.

2:63. Dan apabila Kami mengambil perjanjian kamu, dan menaikkan di atas kamu Gunung, “Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami memberikan kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertakwa (takut kepada Tuhan).”

2:66. Dan Kami membuatnya hukuman contoh bagi yang telah lepas, dan bagi yang terkemudian, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.

2:103. Dan sekiranya mereka percaya dan bertakwa, satu ganjaran daripada Allah adalah lebih baik, jika mereka mengetahui.

2:123. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain sedikit pun, dan tidak diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat syafaat (pengantaraan) kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong.

2:177. Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu memalingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberikan harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba, dan melakukan solat, dan memberikan zakat, dan mereka yang menepati perjanjian mereka, apabila mereka membuat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam kecelakaan, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar.

2:179. Dalam qisas ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang yang mempunyai minda, supaya kamu bertakwa.

2:180. Dituliskan bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia meninggalkan kebaikan (harta), supaya membuat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara dengan baik – suatu kewajipan kepada orang-orang yang bertakwa.

2:183. Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa.

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa.

2:189. Mereka menanyai kamu mengenai bulan-bulan baru. Katakanlah, “Mereka adalah waktu-waktu yang ditetapkan bagi manusia, dan Haji.” Ia bukanlah ketaatan untuk datang ke rumah-rumah dari belakangnya, tetapi ketaatan adalah untuk menjadi bertakwa; maka datangilah rumah-rumah pada pintu-pintunya, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.

2:194. Bulan haram untuk bulan haram, dan perkara-perkara yang suci menuntut akan pembalasan (qisas). Sesiapa menyerang kamu, maka seranglah dia serupa seperti dia menyerang kamu; dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

2:197. Haji adalah pada bulan-bulan yang diketahui; sesiapa yang menetapkan untuk Haji padanya, tidak boleh bercampur dengan isterinya, dan tidak boleh berbuat fasiq, dan tidak boleh berbantahan semasa dalam Haji. Dan apa-apa kebaikan yang kamu buat, Allah mengetahuinya, dan berbekallah kamu, tetapi bekal yang paling baik ialah takwa; maka kamu takutilah Aku, wahai orang-orang yang mempunyai minda.

2:203. Dan ingatlah akan Allah selama hari-hari tertentu yang terhitung. Jika sesiapa bercepat-cepat dalam dua hari, itu tidaklah berdosa baginya; dan jika sesiapa melambatkannya, ia bukanlah satu  dosa padanya, jika dia bertakwa. Dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

2:206. Dan apabila dikatakan kepadanya, “Takutilah Allah”, kesombongan mengambilnya dalam dosanya. Maka cukuplah untuk dia Jahanam – betapa buruknya buaian!

2:212. Dinampakkan indah bagi orang-orang yang tidak percaya (kafir) ialah kehidupan dunia, dan mereka mengejek orang-orang yang percaya; tetapi orang-orang yang bertakwa adalah di atas mereka pada Hari Kiamat; dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki tanpa perhitungan.

2:223. Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah tanaman kamu seperti yang kamu mengkehendaki, dan dahulukanlah untuk diri kamu; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kamu akan menemui-Nya. Berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin.

2:224. Janganlah membuat Allah satu penghalang, melalui sumpah-sumpah kamu, untuk menjadi taat, dan bertakwa, dan membetulkan antara manusia. Allah Mendengar, Mengetahui.

2:231. Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskanlah mereka dengan baik; janganlah menahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa yang berbuat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Janganlah mengambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia menurunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui segala sesuatu.

2:233. Para ibu akan menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi  orang  yang  menghendaki untuk menyempurnakan penyusuan. Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik. Tiada jiwa dibebani melainkan menurut kesanggupannya. Seorang ibu tidak akan disusahkan untuk anaknya, dan tidak juga seorang bapa untuk anaknya, dan atas waris, serupa dengan yang demikian. Tetapi jika keduanya menghendaki, dengan persetujuan bersama dan perundingan, untuk tidak menyusukan, maka tidaklah ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu berkehendak untuk mencari penyusu bagi anak-anak kamu, tidaklah bersalah ke atas kamu asal sahaja kamu menyerahkan apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah melihat apa yang kamu buat.

2:278. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan tinggalkanlah riba yang belum diselesaikan, jika kamu orang-orang mukmin.

2:237. Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, dan kamu telah pun menetapkan bagi mereka bahagian yang ditentukan, maka berilah setengah daripada apa yang kamu telah menetapkan, kecuali jika mereka memaafkan, atau dia memaafkan yang di tangannya ikatan perkahwinan; bahawa kamu memaafkan adalah lebih dekat dengan takwa. Janganlah melupakan pemberian sesama kamu. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu buat.

2:241. Bagi wanita-wanita yang diceraikan, diberi peruntukan dengan baik sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang yang bertakwa.

2:281. Dan takutilah akan satu hari di mana kamu dikembalikan kepada Allah, kemudian tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah mengusahakan, dan mereka tidak dizalimi.

2:282. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berkontrak secara hutang dengan satu sama lain, sampai satu tempoh yang dinyatakan, hendaklah kamu menulisnya, dan hendaklah seorang penulis menulisnya antara kamu dengan adil, dan seseorang penulis tidak boleh enggan untuk menulis sebagaimana Allah mengajarnya. Maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhak (penghutang) mengimlakkan, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya, dan janganlah mengurangi sesuatu daripadanya. Jika penghutang itu bodoh, atau lemah, atau tidak boleh mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaganya) mengimlakkan dengan adil, dan panggillah untuk menyaksikan, dua orang saksi, lelaki-lelaki; atau jika kedua-duanya bukan lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan mengingatkannya. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil, dan jangan kamu tidak suka untuk menulisnya, kecil atau besar, dengan tempohnya; itu adalah lebih adil pada pandangan Allah, lebih tegak untuk kesaksian, dan lebih sesuai supaya kamu tidak ragu-ragu, kecuali ia perdagangan hadir (tunai), yang kamu menjalankan di  antara kamu; maka tidaklah bersalah ke atas kamu jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi-saksi apabila kamu berjual beli sesama kamu. Dan janganlah, sama ada penulis atau saksi, ditekan; atau jika kamu melakukan, itu adalah kefasiqan pada kamu. Dan takutilah Allah; Allah mengajar kamu, dan Allah mengetahui segala sesuatu.

2:283. Dan jika kamu dalam perjalanan, dan kamu tidak mendapati seorang penulis, maka adakanlah satu cagaran yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, hendaklah orang yang dipercayai menunaikan amanatnya, dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah, Pemeliharanya. Dan jangan menyembunyikan kesaksian, dan sesiapa menyembunyikannya, maka hatinya berdosa; dan Allah mengetahui apa yang kamu buat.

3:15. Katakanlah, “Bolehkah aku memberitahu kamu yang lebih baik daripada itu? Bagi orang-orang yang bertakwa, di sisi Pemelihara mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan teman-teman hidup yang dibersihkan, dan kepuasan hati Allah. Dan Allah melihat hamba-hamba-Nya.”

3:28. Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang yang tidak percaya sebagai wali selain daripada orang-orang mukmin, kerana sesiapa yang berbuat demikian itu, tiadalah kepunyaan Allah sesuatu, melainkan kamu ada yang ditakuti daripada mereka, Allah memperingatkan kamu supaya berhati-hati terhadap diri-Nya, dan kepada Allah kepulangan.

3:50. Dan mengesahkan Taurat yang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang diharamkan kepada kamu. Aku datang kepada kamu dengan satu ayat daripada Pemelihara kamu; maka kamu takutilah Allah, dan kamu taatlah kepadaku.

3:76. Tidak, tetapi sesiapa yang menepati perjanjiannya, dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.

3:102. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah sebagaimana Dia patut ditakuti, dan janganlah kamu mati melainkan dalam kemusliman.

3:115. Dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, tidaklah kamu akan dinafikan; dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa.

3:120. Jika kamu disentuh yang baik, ia menyakitkan hati mereka, tetapi jika kamu ditimpa yang buruk, mereka bergembira dengannya. Namun begitu, jika kamu bersabar, dan bertakwa, muslihat mereka tidak akan memudaratkan kamu sedikit pun; sesungguhnya Allah meliputi apa yang mereka buat.

3:123. Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu di Badar, tatkala kamu hina. Maka takutilah Allah, dan supaya kamu bersyukur (berterima kasih).

3:125. Ia, jika kamu bersabar, dan bertakwa, dan jika mereka datang kepada kamu dengan segera, Pemelihara kamu akan membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang menyerang dengan pantas.”

3:130. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah makan riba dua kali ganda dan berganda-ganda, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.

3:131. Dan takutilah Api yang disediakan untuk orang-orang yang tidak percaya.

3:133. Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Pemelihara kamu, dan kepada sebuah taman yang luasnya seperti langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

3:138. Ini adalah penjelasan bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.

3:172. Dan orang-orang yang menyahuti Allah dan rasul-Nya setelah luka menimpa mereka – bagi orang-orang antara mereka yang berbuat baik dan bertakwa adalah upah yang besar.

3:179. Allah tidak meninggalkan orang-orang mukmin dalam keadaan yang kamu sedang berada, sehingga Dia memisahkan yang buruk daripada yang baik, dan Allah tidak akan memberitahu kamu yang ghaib; tetapi Allah memilih daripada rasul-rasul-Nya siapa yang Dia mengkehendaki. Maka percayalah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan jika kamu mempercayai dan bertakwa, maka bagi kamu upah yang besar.

3:186. Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa – sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan.

3:198. Tetapi orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka, bagi mereka taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya sebagai satu sajian daripada Allah; dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang taat.

3:200. Wahai orang-orang yang percaya, bersabarlah, dan berlumba-lumbalah kamu dalam kesabaran, dan berteguhlah, dan takutilah Allah agar kamu beruntung.

4:1. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya, dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan; dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu saling meminta, dan rahim-rahim; sesungguhnya Allah menjagai kamu.

4:9. Dan hendaklah takut, orang-orang yang, jika mereka meninggalkan di belakang mereka keturunan yang lemah, berasa takut terhadap mereka, dan hendaklah mereka bertakwa kepada Allah, dan ucapkanlah perkataan-perkataan yang tepat pada sasaran.

4:77. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang dikatakan kepada mereka, “Tahanlah tangan-tangan kamu, dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat”? Kemudian sejurus setelah perang dituliskan bagi mereka, ada segolongan daripada mereka takut pada manusia seperti mereka akan takut kepada Allah, atau dengan lebih takut, dan mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, mengapakah Engkau menetapkan perang untuk kami? Mengapa tidak Engkau menangguhkan kami ke suatu tempoh yang dekat?” Katakanlah, “Kesenangan dunia ini sedikit, dan akhirat adalah lebih baik bagi orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun.”

4:128. Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan daripada suaminya, tidaklah bersalah ke atas keduanya jika mereka membetulkan antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa condong kepada kehalobaan. Jika kamu berbuat baik, dan bertakwa, sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

4:129. Kamu tidak akan boleh berbuat adil antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu ingin sekali; maka janganlah kamu condong dengan seluruh kecondongan sehingga kamu meninggalkannya seperti tergantung. Jika kamu membetulkan dan bertakwa, sesungguhnya Allah adalah Pengampun, Pengasih.

4:131. Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi. Kami telah mewasiatkan kepada orang-orang yang telah diberi Kitab sebelum kamu, dan kepada kamu, “Takutilah Allah.” Jika kamu tidak percaya, maka kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; Allah adalah Kaya, Terpuji.

5:2. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah melanggar tanda-tanda Allah, dan bulan-bulan haram, dan pemberiannya, dan rantai leher, dan juga orang-orang yang mengunjungi Rumah Suci yang bermaksud untuk mencari daripada Pemelihara mereka, pemberian dan kepuasan hati. Tetapi, apabila kamu telah menyelesaikan, maka burulah binatang buruan. Janganlah kerana kebencian pada suatu kaum yang menghalangi kamu daripada Masjidil Haram, mendesak kamu untuk mencabuli. Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

5:4. Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, “Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan.”

5:7. Dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan perjanjian-Nya yang Dia buat dengan kamu apabila kamu berkata, “Kami dengar, dan kami taat.” Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di dalam dada.

5:8. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian pada kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlakuadillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

5:11. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila satu kaum bermaksud untuk menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka, dan Dia menahan tangan-tangan mereka daripada kamu; dan takutilah Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).

5:27. Dan kamu bacakanlah kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya; ketika mereka mempersembahkan satu qurban, lalu ia diterima daripada seorang daripada mereka, dan tidak diterima daripada yang lain. Seorang berkata, “Sungguh, aku akan bunuh kamu,” Berkata yang lain, “Allah hanya menerima daripada orang-orang yang bertakwa.

5:35. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan carilah jalan untuk mendekatkan dengan-Nya, dan berjuanglah di jalan-Nya agar kamu beruntung.

5:46. Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya, dan mengesahkan Taurat yang sebelumnya, sebagai satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.

5:57. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil sebagai wali-wali (sahabat-sahabat) kamu daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan orang-orang yang tidak percaya, yang mengambil agama kamu dalam ejekan dan sebagai satu permainan; dan takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.

5:65. Tetapi sekiranya ahli Kitab percaya dan bertakwa, tentu Kami melepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan tentu Kami memasukkan mereka ke Taman Kebahagiaan.

5:88. Makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.

5:93. Tidaklah bersalah ke atas orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mengenai apa yang mereka makan jika mereka bertakwa, dan percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan kemudian bertakwa, dan percaya, kemudian bertakwa, dan berbuat baik; Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

5:96. Dihalalkan bagi kamu adalah binatang buruan laut, dan makanan daripadanya, sebagai suatu peruntukan bagi kamu, dan bagi pengembara-pengembara. Tetapi diharamkan kepada kamu binatang buruan darat selama kamu dalam haram (ihram); dan takutilah Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

5:100. Katakanlah, “Yang buruk dengan yang baik tidak sama, meskipun berlimpah-limpah yang buruk menarik hati kamu.” Maka takutilah Allah, wahai orang-orang yang mempunyai minda agar kamu beruntung.

5:108. Maka ia lebih dekat bahawa mereka akan mendatangkan kesaksian yang sebenarnya, atau mereka takut bahawa sesudah sumpah mereka, sumpah akan dikembalikan. Takutilah Allah, dan dengarlah; Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.

5:112. Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, “Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu menurunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?” Dia berkata, “Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.”

6:32. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan; sungguh, tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?

6:51. Dan berilah amaran dengannya kepada orang-orang yang takut bahawa mereka akan dikumpulkan kepada Pemelihara mereka; tidak ada bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung) dan tiada juga seorang pengantara, supaya mereka bertakwa.

6:69. Tidak ada sama sekali perhitungan mereka ke atas orang-orang yang bertakwa, tetapi hanya memperingatkan supaya mereka bertakwa (takut kepada Tuhan).

6:72. Dan lakukanlah solat, dan takutilah Dia; Dia yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.”

6:153. Dan bahawa inilah jalan-Ku, lurus; maka kamu ikutlah ia, dan janganlah mengikuti jalan-jalan yang berlainan supaya mereka tidak memecahbelahkan kamu daripada jalan-Nya. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu bertakwa.”

6:155. Ini ialah sebuah Kitab yang Kami menurunkan, yang diberkati; maka ikutlah ia, dan bertakwalah supaya kamu dikasihani.

7:26. Wahai Bani Adam, Kami telah menurunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa – itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati.

7:35. Wahai Bani Adam, jika datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, maka sesiapa bertakwa, dan membetulkan, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

7:63. Adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu, supaya dia memberi amaran kepada kamu, dan kamu menjadi bertakwa supaya dikasihani.”

7:65. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, “Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; tidakkah kamu bertakwa?”

7:96. Namun begitu, sekiranya penduduk bandar-bandar raya percaya dan bertakwa, tentu Kami membukakan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi; tetapi mereka mendustakan, maka Kami mengambil mereka kerana apa yang mereka mengusahakan.

7:128. Berkata Musa kepada kaumnya, “Mohonlah pertolongan kepada Allah, dan bersabarlah; sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, dan Dia mewariskannya kepada siapa yang Dia mengkehendaki di kalangan hamba-hamba-Nya. Kesudahannya adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

7:156. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau.” Berkatalah Dia, “Azab-Ku, Aku menimpakan dengannya siapa yang Aku mengkehendaki, dan pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan menuliskannya untuk orang-orang yang bertakwa, dan memberi zakat, dan orang-orang yang benar-benar mempercayai ayat-ayat Kami,

7:164. Dan apabila satu umat antara mereka berkata, “Mengapakah kamu menegurkan satu kaum yang Allah akan memusnahkan, atau mengazab dengan azab yang keras?” Mereka berkata, “Sebagai alasan kepada Pemelihara kamu, dan supaya mereka bertakwa.”

7:169. Dan menggantilah sesudah mereka pengganti-pengganti yang mewarisi Kitab, dengan mengambil keuntungan daripada dunia yang rendah ini, dan mereka berkata, “Kami akan diampunkan”; dan jika keuntungan yang serupa dengan itu datang kepada mereka, mereka akan mengambilnya. Bukankah perjanjian Kitab telah diambil daripada mereka, bahawa mereka tidak mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar? Dan mereka mempelajari apa yang di dalamnya, bahawa tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu faham?

7:171. Dan apabila Kami menggoncangkan gunung di atas mereka, seakan-akan ia langit-langit, dan mereka menyangka bahawa ia akan jatuh kepada mereka. “Ambillah dengan kekuatan apa yang  Kami memberikan kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertakwa.”

7:201. Orang-orang yang bertakwa, apabila kunjungan syaitan menyentuh mereka, mereka ingat, dan kemudian melihat.

8:1. Mereka menanyai kamu mengenai rampasan perang. Katakanlah, “Rampasan perang adalah kepunyaan Allah dan rasul; maka kamu takutilah Allah, dan betulkanlah antara kamu, dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya, jika kamu orang-orang mukmin.”

8:25. Dan takutilah satu cubaan yang tidak akan menimpa hanya orang-orang yang membuat kezaliman antara kamu; dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

8:29. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu bertakwa kepada Allah, Dia akan mengadakan untuk kamu satu Pembeza, dan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu, dan mengampuni kamu; Allah mempunyai pemberian yang besar.

8:34. Tetapi, apakah yang mereka ada, bahawa Allah tidak akan mengazab mereka, apabila mereka menghalangi daripada Masjidil Haram, padahal mereka bukanlah wali-walinya (pelindung-pelindungnya)? Pelindungnya hanyalah orang-orang yang bertakwa tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

8:56. Orang-orang yang kamu telah membuat perjanjian dengan mereka, kemudian mereka melanggar perjanjian mereka setiap kali, dengan tidak bertakwa (takut kepada Tuhan).

8:69. Makanlah daripada apa yang kamu ambil sebagai rampasan perang, yang halal, yang baik; dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

9:4. Kecuali orang-orang yang menyekutukan yang dengan mereka kamu telah membuat perjanjian, kemudian mereka tidak mengurangkan kamu sedikit pun, dan tidak juga menyokong seseorang pun terhadap kamu. Dengan mereka, sempurnakanlah perjanjian kamu sampai tempoh mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.

9:7. Bagaimanakah ada bagi orang-orang yang menyekutukan satu perjanjian dengan Allah dan rasul-Nya, kecuali orang-orang yang dengan mereka kamu membuat perjanjian di Masjidil Haram; selama mereka berlaku lurus terhadap kamu, kamu berlakuluruslah terhadap mereka; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.

9:36. Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia mencipta langit dan bumi. Empat daripadanya haram (suci). Itulah agama yang betul, maka janganlah menzalimkan satu sama lain padanya. Dan perangilah orang-orang yang menyekutukan kesemuanya sebagaimana mereka memerangi kamu kesemuanya; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

9:44. Orang-orang yang mempercayai Allah dan Hari Akhir, tidak meminta izin kepada kamu untuk berjuang dengan harta mereka dan jiwa mereka; dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa.

9:108. Janganlah berdiri di dalamnya selama-lamanya. Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya; di dalamnya terdapat lelaki-lelaki yang suka membersihkan diri mereka; dan Allah menyukai orang-orang yang membersihkan diri mereka.

9:109. Adakah dia lebih baik, yang mendirikan bangunannya atas takwa, dan kepuasan hati-Nya, atau dia yang mendirikan bangunan-nya di atas pinggir tebing yang rapuh, yang runtuh bersama dia ke dalam api Jahanam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

9:115. Allah tidak akan menyesatkan satu kaum setelah Dia memberi mereka petunjuk, sehingga Dia memperjelaskan kepada mereka apa yang mereka patut bertakwakan; sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu.

9:119. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan jadilah bersama orang-orang yang benar.

9:123. Wahai orang-orang yang percaya, perangilah orang-orang yang tidak percaya yang dekat dengan kamu, dan hendaklah mereka mendapati pada kamu ketegasan; dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

10:6. Pada pergantian malam dan siang, dan apa yang Allah menciptakan di langit dan bumi adalah ayat-ayat bagi kaum yang bertakwa.

10:31. Katakanlah, “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang memiliki pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan siapakah yang mengarah urusan?” Mereka akan berkata, “Allah.” Kemudian katakanlah, “Tidakkah kamu bertakwa?”

10:63. Orang-orang yang percaya dan bertakwa,

11:49. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami mewahyukan kamu; kamu tidak mengetahuinya, dan tidak juga kaum kamu sebelum ini. Maka bersabarlah; kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

11:78. Dan kaumnya datang kepadanya, berlari-lari ke arahnya, dan sejak dahulu mereka membuat kejahatan. Dia berkata, “Wahai kaumku, inilah anak-anak perempuanku; mereka lebih bersih bagi kamu. Maka takutilah Allah, dan janganlah mengaibkan aku pada tetamu-tetamu aku. Apa, adakah tidak ada seorang lelaki antara kamu yang berfikiran waras?”

12:57. Namun begitu, upah akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang percaya, dan bertakwa.

12:90. Mereka berkata, “Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?” Dia berkata, “Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik.”

12:109. Kami tidak mengutus seseorang sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang Kami mewahyukan mereka daripada penduduk yang tinggal di bandar-bandar raya. Tidakkah mereka mengembara di bumi? Tidakkah mereka melihat bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka? Sesungguhnya tempat kediaman akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?

13:35. Persamaan Taman yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa – di bawahnya mengalir sungai-sungai, hasilnya kekal, dan lindungannya. Itulah kesudahan orang-orang yang bertakwa; dan kesudahan orang-orang yang tidak percaya, Api!

15:45. Tetapi orang-orang yang bertakwa, di dalam taman-taman dan mata-mata air.

15:69. Dan takutilah Allah, dan janganlah mengaibkan aku.”

16:2. Dia menurunkan malaikat-malaikat dengan Roh daripada perintah-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya, “Berilah kamu amaran, bahawa tidak ada tuhan melainkan Aku; maka kamu takutilah Aku!”

16:30. Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa, “Apakah yang Pemelihara kamu menurunkan?” Mereka berkata, “Baik!” Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia, baik; dan sungguh, tempat kediaman akhirat adalah lebih baik; sangat baiknya tempat tinggal orang-orang yang bertakwa,

16:31. Taman-Taman Adn, yang mereka masuk ke dalamnya, di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya mereka mendapati apa yang mereka menghendaki. Begitulah Allah membalas orang-orang yang bertakwa,

16:52. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi; untuk-Nya agama selama-lamanya. Maka adakah kepada selain daripada Allah kamu bertakwa?

16:128. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa, dan orang-orang yang berbuat baik.

19:13. Dan rasa belas kasihan daripada sisi Kami, dan zakat (kesucian), dan dia bertakwa,

19:18. Berkata, “Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa!”

19:63. Itulah Taman yang Kami akan mewariskan kepada hamba-hamba Kami yang bertakwa.

19:71. Tiada seorang pun daripada kamu, melainkan dia akan turun kepadanya (Jahanam); itu, bagi Pemelihara kamu, adalah sesuatu yang telah ditentukan, diputuskan.
19:72. Kemudian Kami menyelamatkan orang-orang yang bertakwa; dan orang-orang yang zalim, Kami meninggalkan di dalamnya, sambil melutut.

19:85. Pada hari Kami mengumpulkan orang-orang yang bertakwa kepada Yang Pemurah dengan kedatangan (sambutan) kebesaran,

19:97. Sesungguhnya Kami memudahkannya dengan lisan kamu supaya kamu memberi berita gembira dengannya kepada orang-orang yang bertakwa, dan memberi amaran kepada kaum paling degil.

20:113. Begitulah Kami menurunkannya sebagai sebuah al-Qur’an bahasa Arab, dan Kami mengulang-ulangi di dalamnya sesuatu daripada ancaman, supaya mereka bertakwa, atau ia menimbulkan peringatan bagi mereka.

20:132. Dan suruhlah keluarga kamu bersolat, dan bersabarlah kamu padanya; Kami tidak meminta daripada kamu rezeki, tetapi Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu. Dan kesudahan adalah bagi orang yang bertakwa.

21:48. Kami telah memberikan Musa dan Harun, Pembeza, dan Sinaran, dan Peringatan, bagi orang-orang yang bertakwa,

22:1. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu! Sesungguhnya kegoncangan Saat adalah satu hal yang besar.

22:32. Demikianlah, dan sesiapa memuliakan tanda-tanda Allah, itu adalah daripada ketakwaan hati.

22:37. Dagingnya tidak akan sampai kepada Allah, dan tidak juga darahnya, tetapi ketakwaan daripada kamu akan sampai kepada-Nya. Begitulah Dia menundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia telah memberikan kamu. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

23:23. Dan Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, “Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan melainkan Dia. Tidakkah kamu bertakwa?”

23:32. Dan Kami mengutus di kalangan mereka seorang rasul daripada mereka sendiri, “Sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia. Tidakkah kamu bertakwa?”

23:52. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka takutilah Aku.”

23:87. Mereka akan berkata, “Kepunyaan Allah.” Katakanlah, “Tidakkah kamu bertakwa?”

24:34. Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang menjelaskan, dan satu contoh orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu, dan satu teguran bagi orang-orang yang bertakwa.

24:52. Sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya, dan takut kepada Allah, dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang menang.

25:15. Katakanlah, “Adakah itu lebih baik, atau Taman Berkekalan, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa, dan ia adalah balasan bagi mereka dan kepulangan?”

25:74. Yang berkata, “Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

26:11. Kaum Firaun; tidakkah mereka bertakwa?”

26:90. Dan Taman didekatkan untuk orang-orang yang bertakwa,

26:106. Apabila saudara mereka Nuh berkata kepada mereka, “Tidakkah kamu bertakwa?”

26:108. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

26:110. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.”

26:124. Apabila saudara mereka Hud berkata kepada mereka, “Tidakkah kamu bertakwa?

26:126. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

26:131. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku,

26:132. Dan takutilah Dia yang membantu kamu dengan apa yang kamu tahu,

26:142. Apabila saudara mereka Salleh berkata kepada mereka, “Tidakkah kamu bertakwa?

26:144. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

26:150. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku,

26:161. Apabila saudara mereka Lut berkata kepada mereka, “Tidakkah kamu bertakwa?

26:163. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

26:177. Apabila Shuaib berkata kepada mereka, “Tidakkah kamu bertakwa?

26:179. Maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

26:184. Takutilah Dia yang mencipta kamu, dan orang-orang dahulu kala.”

27:53. Dan Kami menyelamatkan orang-orang yang percaya dan bertakwa.

28:83. Tempat kediaman akhir itu, Kami membuatnya untuk orang-orang yang tidak menghendaki kesombongan diri di bumi, dan tidak juga kerosakan. Kesudahan adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

29:16. Dan Ibrahim, apabila dia berkata kepada kaumnya, “Sembahlah Allah, dan takutilah Dia; itu lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

30:31. Berkesesalanlah kepada-Nya. Dan kamu takutilah Dia, dan lakukanlah solat, dan janganlah menjadi daripada orang-orang yang menyekutukan,

31:33. Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu, dan takutilah akan satu hari apabila tiada bapa akan membela anaknya, dan tiada juga anak membela bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah benar; maka janganlah kehidupan dunia menipu kamu, dan janganlah sekali-kali penipu dapat menipu kamu terhadap Allah.

33:1. Wahai Nabi, takutilah Allah, dan janganlah mentaati orang-orang yang tidak percaya, dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.

33:32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.

33:37. Apabila kamu berkata kepada orang yang Allah telah merahmati, dan kamu telah merahmati, “Tahanlah isteri kamu kepada kamu, dan takutilah Allah”, dan kamu menyembunyikan di dalam diri kamu apa yang Allah menyatakan, dengan takut pada manusia; dan Allah, lebih berhak untuk kamu takuti-Nya. Maka, apabila Zaid telah menyempurnakan apa yang dia mengkehendaki daripadanya, maka Kami mengahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada kesalahan ke atas orang-orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak angkat mereka, apabila mereka telah menyempurnakan apa yang mereka mengkehendaki daripada mereka; dan perintah Allah mesti dibuat.

33:55. Tidaklah bersalah ke atas mereka (isteri Nabi) dengan bapa-bapa mereka, dan anak-anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, dan perempuan-perempuan mereka, dan apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki. Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah adalah saksi atas segala sesuatu.

33:70. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan ucapkanlah perkataan-perkataan yang tepat pada sasaran.

36:45. Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Takutilah apa yang di hadapan kamu, dan apa yang di belakang kamu supaya kamu dikasihani.”

37:124. Apabila dia (Elias) berkata kepada kaumnya, “Tidakkah kamu bertakwa?

38:28. Atau, adakah Kami akan membuat orang-orang yang percaya dan membuat kerja-kerja kebaikan, seperti orang-orang yang membuat kerosakan di bumi, atau, adakah Kami akan membuat orang-orang yang bertakwa seperti orang-orang yang jahat?

38:49. Ini adalah Peringatan; dan bagi orang-orang yang bertakwa, tempat kembali yang baik,

39:10. Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang percaya, takutilah Pemelihara kamu. Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini baik, dan bumi Allah luas. Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan dibayar upah mereka sepenuhnya tanpa perhitungan.”

39:16. Di atas mereka, mereka mendapati lindungan-lindungan daripada Api, dan di bawah mereka lindungan-lindungan; demikianlah, dengan itu Allah menakut-nakutkan hamba-hamba-Nya, ‘Wahai hamba-hamba-Ku, takutilah Aku!'”

39:20. Tetapi orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka, bagi mereka, bilik-bilik yang tinggi yang di atasnya dibinakan bilik-bilik yang tinggi, yang di bawahnya mengalir sungai-sungai – janji Allah; Allah tidak memungkiri janji temu.

39:24. Adakah orang yang bertakwa dengan wajahnya (kehendaknya) daripada kejahatan azab Hari Kiamat? Dan dikatakan kepada orang-orang yang zalim, “Rasalah apa yang kamu telah mengusahakan!”

39:28. Sebuah al-Qur’an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan supaya mereka bertakwa.

39:33. Dan orang yang datang dengan kebenaran dan mengesahkannya, mereka itu, merekalah orang-orang yang bertakwa.

39:57. Atau ia berkata, “Sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku, tentu aku termasuk orang-orang yang bertakwa.”

39:61. Tetapi Allah menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dalam keamanan mereka; keburukan tidak menyentuh mereka, dan tidak juga mereka bersedih.

39:73. Kemudian orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Taman, sehingga apabila mereka datang kepadanya, dan pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, “Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)! Kamu telah maju dengan baik; masuklah untuk tinggal selama-lamanya.”

41:18. Dan Kami menyelamatkan orang-orang yang percaya, dan bertakwa.

43:35. Dan perhiasan-perhiasan; sesungguhnya semua ini tiadalah melainkan kesenangan kehidupan dunia, dan akhirat di sisi Pemelihara kamu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

43:63. Dan apabila Isa datang dengan bukti-bukti yang jelas, dia berkata, “Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku memperjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu memperselisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.

43:67. Sahabat-sahabat pada hari itu menjadi musuh kepada satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertakwa,

44:51. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di sebuah medan yang aman,

45:19. Sesungguhnya mereka tidak berguna bagi kamu sedikit pun terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; Allah adalah wali orang-orang yang bertakwa.

47:15. Inilah persamaan Taman yang orang-orang yang bertakwa dijanjikan: di dalamnya sungai-sungai daripada air yang tidak dicemari, dan sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai daripada arak – suatu keseronokan bagi peminum-peminum – dan sungai-sungai daripada madu yang dibersihkan; dan di dalamnya bagi mereka segala macam buah-buahan, dan keampunan daripada Pemelihara mereka. Samakah mereka dengan orang yang tinggal selama-lamanya di dalam Api, yang diberi minum air yang mendidih, yang memotong usus-usus mereka?

47:17. Tetapi orang-orang yang mendapat petunjuk dengan benar, bagi mereka, Dia menambahkan dalam petunjuk, dan memberi mereka ketakwaan mereka.

47:36. Tiadalah kehidupan dunia melainkan satu permainan dan satu hiburan; dan jika kamu mempercayai dan bertakwa, Dia akan memberi kamu upah kamu, dan tidak meminta kepada kamu harta-harta kamu.

48:26. Apabila orang-orang yang tidak percaya meletakkan di dalam hati mereka kebengisan, dengan kebengisan jahiliah, lalu Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan mengikatkan mereka dengan kata takwa, yang mereka lebih berhak dengannya, dan sewajarnyalah; dan Allah mengetahui segala sesuatu.

49:1. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendahului di hadapan Allah dan rasul-Nya; dan takutilah Allah. Sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.

49:3. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suara mereka di sisi rasul Allah, mereka itulah orang-orang yang hatinya Allah uji untuk takwa (takut kepada Tuhan); bagi mereka, keampunan dan upah yang besar.

49:10. Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka betulkanlah antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani.

49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan janganlah mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.

49:13. Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.

50:31. Dan Taman didekatkan dengan orang-orang yang bertakwa, tidak jauh,

51:15. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa di dalam taman-taman dan mata-mata air,

52:17. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa di dalam taman-taman, dan kebahagiaan,

53:32. Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan kesumbangan, kecuali kesalahan kecil – sesungguhnya Pemelihara kamu luas dalam keampunan-Nya. Dia sangat mengetahui mengenai kamu apabila Dia menumbuhkan kamu dari bumi, dan apabila kamu belum dilahirkan di dalam rahim ibu-ibu kamu; maka janganlah menganggap diri kamu suci; Dia sangat mengetahui siapa yang bertakwa.

54:54. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa di dalam taman-taman dan sungai-sungai,

57:28. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan percayalah kepada rasul-Nya, dan Dia akan memberi kamu dua bahagian daripada pengasihan-Nya, dan Dia membuatkan untuk kamu satu cahaya yang dengannya kamu akan berjalan, dan mengampuni kamu; Allah Pengampun, Pengasih,

58:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berbicara rahsia, maka janganlah berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari rasul, tetapi berbicararahsialah dalam ketaatan dan takwa, dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.

59:7. Segala apa rampasan perang yang Allah memberi rasul-Nya daripada penduduk bandar-bandar raya adalah kepunyaan Allah, dan rasul-Nya, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, supaya ia jangan bergilir antara orang-orang kaya antara kamu. Apa sahaja yang rasul memberi kamu, ambillah; apa sahaja yang dia melarang kamu daripadanya, hentikanlah. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.

59:18. Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah. Hendaklah tiap-tiap jiwa merenungkan apa yang ia mendahulukan untuk esok. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat.

60:11. Dan jika seseorang daripada isteri-isteri kamu lari daripada kamu kepada orang-orang yang tidak percaya, dan kemudian kamu membalas, maka berilah orang-orang yang isteri-isteri mereka telah pergi, yang serupa dengan apa yang mereka telah menafkahkan. Dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu mukmin.

64:16. Maka takutilah Allah sejauh yang kamu boleh, dan dengarlah, dan taatlah, dan nafkahlah dengan baik untuk diri-diri kamu. Dan sesiapa yang dilindungi daripada kehalobaan dirinya sendiri, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang beruntung.

65:1. Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud (had-had) Allah; sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru.

65:2. Kemudian, apabila mereka telah sampai tempoh mereka, tahanlah mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan adakanlah saksi, dua orang yang mempunyai keadilan di kalangan kamu; dan lakukanlah kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan sesiapa yang mempercayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia membuatkan untuknya satu jalan keluar,

65:4. Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang hamil, tempoh mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan membuatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah.

65:5. Itulah perintah Allah yang Dia menurunkan kepada kamu. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan melepaskannya daripada kejahatan-kejahatannya, dan Dia memberinya upah yang besar.

65:10. Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras. Maka takutilah Allah, wahai orang-orang yang mempunyai minda! Orang-orang yang percaya, Allah telah menurunkan kepada kamu satu peringatan,

68:34. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa ialah Taman-Taman Kebahagiaan dengan Pemelihara mereka.

69:48. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan).

71:3. ‘Hendaklah kamu menyembah Allah, dan takutilah Dia, dan taatlah kepadaku,

73:17. Maka, jika kamu tidak percaya, bagaimanakah kamu akan bertakwa (menjaga diri) daripada satu hari yang membuatkan kanak-kanak beruban?

74:56. Dan mereka tidak mengingatinya, kecuali apa yang Allah mengkehendaki; Dia yang wajar ditakuti, dan wajar untuk keampunan.

77:41. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam lindungan dan mata air,

78:31. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa tempat yang aman,

91:8. Dan mengilhamkannya kepada kejahatan dan ketakwaan!

92:5. Adapun orang yang memberikan dan bertakwa,

92:17. Dan daripadanya, orang yang sangat bertakwa akan dijauhkan,

96:12. Atau menyuruh supaya bertakwa.
(ayat terakhir)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s